WELCOME TO PERPAT RESORT!!!
Pusat pelancongan yang dinamakan perpat resort adalah satu-satunya perkampungan orang melayu (Kg. Perpat, kg. Sementa, taman Klang perdana, taman perumahan sungai kapar indah dan juga kebun baru kg perpat, taman sri perpat termasuk juga sungai kapar indah). ekonomi persekitaran kg jeti nelayan, pertanian dan penternak. saya selaku perancang ekonomi Raub Plantation (M) Sdn.Bhd, walau apa jua permasalahan yang dihadapi oleh perkara-perkara yang terdahulu, saya tetap perjuangkan perniagaan tersebut.
Perpat Resort dinamakan kawasan rekreasi pelancongan zon sementa daerah Klang Negeri Selangor. Saya Ahmad Murad b. Khalid dan anak isteri saya, telah bermula perniagaan di atas tanah lot kerajaan Lot 43205 dan sebahagian 43206 telah pun diwartakan oleh kerajaan negeri Selangor ketika itu Menteri Besar Dato' Sri Khir Toyol dengan pelan- PA 100050 seluas 428,684 meter persegi yang bertarikh 8 Jun 2005.
Kebenaran dan kelulusan ini dikeluarkan oleh Tuan Pengarah Daerah Pejabat Tanah dan Klang iaitu Haji Ahmad Lattfi b.Hashim pada 3 Ogos 1999 dengan no ruj. 38 dlm PDK(PM)2/3/96.
perpat resort telah meneruskan perniagaan seperti aktiviti berkaitan pelayaran kapal belia asia, tapak perkhemahan peringkat negeri selangor dan daerah, kadet uniform peringkat negeri, pertandingan memancing terbuka, jala event, radio klasik nasional, majlis perbandaran klang, event pengantin,sukan berkayak, jabatan-jabatan kerajaan seluruh malaysia dan seterusnya kolam pancing udang harimau, restoran dan karoake, kolam pancing berbayar, ternakan ikan air tawar dalam kolam, pertanian dan perternakan.